Saturday, August 24, 2013

ISU SEMASA : Pergolakan di Mesir dan Syria

Assalamualaikum w.b.t
 
Sekarang ni setiap kali buka FB atau pun baca surat khabar terpampang pergolakan yang terjadi di Mesir dan juga Syria. Sedih sangat. Tengok saudara seagama kita dibunuh dengan kejam. Paling tak tahan kalau melibatkan kanak-kanak. ALLAH. Kejam sungguh tangan-tangan rakus itu. Doa dikirimkan buat mereka-mereka di Syria dan Mesir yang sedang berjuang demi agama tercinta :Islam.



Monday, August 19, 2013

Raya 2013 : Klang-Muar-Melaka-Seremban-Bdr Baru bangi

Assalamualaikum w.b.t
Ok dah dapat gambo dari semua orang. So bersemangat waja nak update blog. hehehe. Pagi-pagi raya ketiga tu kitorang bertolak ke Muar dari Klang. Berkonvoi 6 buah kereta. Plan asal nak bertolak sebelum subuh. Berhenti solat dekat R&R Dengkil. Sekali bila dah ramai-ramai tu nan ado la kan nak gerak kemain awal. Pukul 7 baru semua siap n bergerak dari Klang. Berhenti kat R&R Dengkil untuk breakfast. Dah siap-siap bawa bekalan nasi goreng dari rumah.
Dekat Muar n Sebatu dua rumah kitorang serang. Dua-dua rumah menu berat. Lauk lunch yang marvelous n nasi ayam. Pastu abang-abang saya boleh pulak beli durian. Semua orang sakan melantak termasuk Mr.Teddy. Saya tak makan. Berebut-rebut dorang makan. Kat sana tengah musim skang ni. Mr.Teddy asyik sendawa bau durian je sepanjang perjalanan. Kitorang sakan beraya sampai ke malam kat belah Kuala Sungai Baru. Ziarah sedara-sedara Mak n Arwah Ayah. Afkar pun tumpang mandi kat rumah Mak Long, kakak Arwah Ayah. Memang kena mandi sebab Afkar boleh pergi berkubang kat depan rumah Mak Cik saya. Budak ni memang la pantang jumpa tanah luas. Sian awak yer nak. Rumah kita tak ada kawasan nak lari-lari. Ummi n babah lak jenis malas bawa g taman. Siap-siap solat n dinner semua kat rumah Mak Long baru lah balik ke Desa Balqis.
~Rumah 1st~
~Babah n anak. Dua2 bolat~

~Dengan bonda kesayangan. Tiba2 Uteh nak nyelit lak~

~Sampai ke malam ha beraya~
Kali ni kitorang pilih rumah Pak Ngah kat Desa Balqis. Selesa sangat korang. Ada 5 bilik, dua bilik air. Beranda luas seluasnya. Afkar seronok la berlari ke sana sini. Seperti yang dah dijangka memang terasa sangat suasana kampung tu. Cantik sangat. Ada pelita. Tapi tak bakar pun. Time anak-anak buah saya nak main bunga api tu baru bakar satu pelita. Malam tu family saya main bunga api. Meriah. Afkar pun nak join sekaki. Excited budak kecik tu tahan mata nak tengok bunga api punya pasal.
~Melawat kawasan dulu~

~Yeah!!!seronok dapat lari-lari~

~tercapai hajat nak tengok pelita~

~Bunga Api KLCC~
Pagi-pagi esok tu anak-anak buah termasuk Afkar berkubang dekat swimming pool. Tak turun pantai pun sebab laut agak tak best time tu. So diorang mandi pool je la. Sampai gigil-gigil Afkar mandi. Budak tu kalau jumpa air memang sakan. Bila semua dah siap kitorang bermaaf-maafan tuk family yang tak ada time raya 1st. Family saya, Family Uda n family Uteh. Lepas tu bergambo la apa lagi.
~Budak excited jumpa air~
~Pose wajib kuak lentang~

~Dengan abang irfan n K.farzana~

~Dengan bonda tersayang. Sesi bermaaf-maafan~


~Smile~

~family kecil saya dengan mak~

~Candid~


~Anak-anak dara + Mak-mak dara makcik ati~

~family besar saya~ 
Settle check out dalam pukul 12 macam tu kitorang terus ke Seremban. Rumah sedara Mak. Lunch kat sana. Kenyang gila perut makan. Dari Seremban terus balik Bangi. Malam tu duduk rumah diam-diam. Dobi baju kemain berapa trip ntah. Tu pun sib bek dah basuh separuh time kat Slim.
Alhamdulillah raya kali ni Afkar sihat tak demam. Dia pun sama beraya sakan. Kemain join sekaki makan kuih raya. Yang tak boleh tahan selera macam orang tua ok. Suka kerepek-kerepek pastu kuih semprit. Yang moden-moden cam almond London ke apa ke tak berkenan. Tak duduk diam. Aktif ke sana ke sini. huhuhu. Memang penat Babah mengejar. Ummi? Tak larat derr nak kejor. Mampu jerit je la.
~Benda 1st nampak time raya kat Seremban:Basikal~
~Tengok selera kerepek-kerepek je ha~

~Korang tengok. SUkati x nak pergi masuk bawah meja orang. huhu~



Friday, August 16, 2013

RAYA 2013 : Slim River

Assalamulaikum w.b.t
Wah kemain lama blog cuti eh. Sebenarnya tak ada mood lagi nak update cerita raya sebab gambo xbanyak yang dalam hp. Banyak dalam camera adik beradik yang lain. Dorang lom upload lagi. Tapi update je sementara ada mood raya. Kang gambo-gambo tu wat entry lain la yerk. Boleh jugak kan.
Seperti yang dah story mory sebelum ni yang tahun ni turn kitorang beraya belah Mr.Teddy, Slim River. So plan tu memang tak berubah. Balik hari Rabu tu, jalan clear. Tak tempuh jam.

~Laki sape ni ha semangat nau siap pakai songkok nak balik kampung~

~Tolong Babah vacuum~
Pagi raya tu pulak, kemain awal saya bangun. Pukul 6 pagi. Eh ke korang lagi awal. Semangat kau nak raya. hahaha. Sejarah jadi orang first yang siap. Kalau tak selalu jadi orang last sokmo. Memang semangat. Kalah Afkar Ummi ni. Bujang kecik boleh pulak buat hal time nak pakai sampin kemain mengamuk. Grrr. Nak pakai songkok pun mengamuk. Grr kuasa dua. Padahal dari malam tu dah try pakai tau. Ok je. Sekali pagi tu tak maunye dia. Songkok xdapat pakai sampai ke sudah. Sampin saya pakaikan time dia tidur.

~Elok je pakai time malam. Bila pagi raya hmmmmmm~

~Amik kesempatan posing berdua time anak tidur. Feeling pengantin baru~

~Eh eh berdua lagi.~
Tahun ni jugak dah tak ada drama "Sedih beraya di Perantauan" macam first time beraya dengan family Mr.Teddy. Kemain semangat nak beraya tu. Pagi-pagi raya call mak sedih ler jugak, nak-nak lagi ada sound effect belakang tu (suara abang-abang saya mengusik). Control je suara nak meleleh. Noty tol dorang usik-usik. Saya siap pesan kat mak tolong simpankan saya rendang balu anak 10. Panjang tol nama rendang kan padahal rendah rempah je pun. Tapi dalam rendang tu ada segala macam daging, limpa hati dll macam iklan PETRONAS yang janda anak 7 tu. Ingat tak? Version mak pulak anak 10. Yang lebih mengubat kesedihan beraya di perantauan tahun ni sebab ada nasi impit, rendang n kuah kacang di pagi raya. Yeah. Cam tau-tau pulak. Mertua saya baca blog saya ni ke. Alamak nebes tetiba. Dah ada nasi impit, rendang bagai tu apa lagi kan tak toleh kiri kanan. Kita makan dulu.


~Gambor family kecik saya~


Belah Mr. Teddy kampong Mak n Ayah dekat-dekat je. So dalam masa sehari memang boleh cover dua-dua kampong. Video bawah ni video Afkar gaduh dengan anak jiran Opah Mr.Teddy. Padahal sebelum tu elok je bermain berdua. Kejar-kejar. Tetiba risau camna dia kat umah Mama. Jangan buat-buat orang yer nak oii.

 ~video Afkar di hari raya. Gaduh pulak dengan kawan.~
Kitorang balik ke Klang Raya Kedua petang. Pagi raya ketiga pulak ke Melaka. Raya family belah saya pulak. Tu sambung next entry ok.
~Otw balik Klang. Kita posing dulu~

Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan dah sampai ke penghujung. Sedih pulak rasa. Semoga dipanjangkan usia bertemu dengan Ramadhan akan datang. Syawal pula bakal menjelma. Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon ampun maaf sekiranya terdapat terlanjur kata, terkasar bahasa, terlajak perbuatan di dalam setiap penulisan saya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
~ikhlas : Puan Ungu, Mr.Teddy, Afkar~

**Dah cuti raya ni, blog pun cuti la nampaknya.**





Tuesday, August 6, 2013

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Assalamualaikum w.b.t

Dah dekat-dekat nak raya ni sana sini bunyi mercun kan. Saya ni penakut sikit bab mercun. Bunga api main yang biasa-biasa tu zaman kecik-kecik. Dah tua-tua ni tak ada la lagi main bunga api ke mercun bagai.
 
Sekarang ni yang paling teruja dengar bunyi mercun Afkar la. Kemain dia tak senang duduk bila dengar bunyi mercun. Aritu pergi makan kat luar, pastu ada orang bakar bunga api KLCC tu. Dia kat dalam kedai dah tak tentu arah. Siap jerit-jerit tepuk tangan. Sampai gelak orang kat meja sebelah tengok aksi dia. Pastu saya pun bawak la keluar nak tengok. Dia punya melopong tengok bunga api tu. Klako. Pastu tak nak masuk kedai, boleh tak. Ahdoyai.
 
Bunga api pun dia dah sibuk nak main tau. Kalau balik rumah Klang, budak-budak main bunga api n mercun kat luar dia yang tak senang duduk kat dalam rumah. Siap diri kat pagar tengok orang main bunga api. Pastu Babah dia pun layan la bagi main bunga api yang biasa2 tu. Terlebih berani pulak nak pegang yang hujung tu. Alahai anak. No no no. Pastu mata tetap ke luar kat bunyi mercun tu ha. Afkar Afkar.


Monday, August 5, 2013

Kalau Bukan Rezeki

Assalamulaikum w.b.t
 
Hari Jumaat hari tu time berbuka dikhabarkan berita gembira dari suami Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih kami. Bekali-kali kami berdua mengucapkan syukur. Tahu-tahu je la nak raya ni kan. Syukur sangat bila ada. Malam tu time saya tengah tidur, Mr.Teddy panik kejut saya. Mr.Teddy baru balik dari selesaikan bil-bil. Mr.Teddy bagitahu saya wallet dia tercicir. Rasa nak terduduk time tu.
 
Ya ALLAH dugaan apakah ini. Mr.Teddy sambung cerita ada orang call Mr.Teddy bagitau wallet Mr.teddy kat orang tu. Set jumpa kat mana untuk ambil wallet. Mr.Teddy buka wallet check IC, lessen, ATM card, credit card semua ada. Alhamdulillah. Buka bahagian duit KOSONG. RM500++ tak ada lagi dalam wallet. Duit tu untuk bayar bil hp dan balance dari bayar bil-bil yang lain. Bila fikir balik memang besar amaun tu. Macam-macam boleh buat. Tapi mungkin bukan rezeki kami. Adalah agaknya kami tersilap di mana-mana ditarik sejumlah itu. Mr.Teddy kata tu mungkin bahagian yang ada dia mengular. Mr.Teddy mengular? Cam tak caya. Dia kan workaholic. hahaha. Kalau saya ye la. hehehe. Mungkin juga sekiranya kami tidak kehilangan kami terleka dan membazir beli benda yang tak sepatutnya.
 
Jauh di sudut hati rasa sedih tapi apada masa yang sama bersyukur dengan peringatan ini. Hilang RM 500++, dokumen-dokumen penting yang lain tak hilang. Syukur. Satu hal pulak nak-nak raya ni ke sana sini nak settle IC, ATM Card segala. Duit dalam akaun tak berusik Card Credit tak disalah guna. Syukur. Syukur juga bil-bil yang lain termasuk duit kereta dan duit rumah telah diselesaikan. Bukan rezeki kami tu yang pasti.


Raya 2013 : Baju Bajan Afkar

Assalamulaikum w.b.t

Sebelum raya hari tu punya la cakap dengan Mr.Teddy tahun ni xnak beli baju Afkar banyak sangat la. Sebab last year punya baju pun banyak x sempat pakai. Boleh bawak ke tahun ni. Jimat sket Ummi awak nak. Pastu masa birthday dia hari tu pun banyak gak dapat baju bajan. Boleh wat tambah-tambah.
Kitorang shopping baju Afkar ni time Sogo Member Sale hari tu. Gigih laki bini cuti punya nak pergi beli baju anak. hahaha. Beratur kat cashier berejam pun sanggup. kekeke. Anak punya pasal. Kitorang ni jenis tak kisah bab brand ke apa ke. Yang penting selesa untuk Afkar pakai. Cap ayam pun boleh. Lagipun budak lelaki kan banyak mana la sangat style nya pun. Kat Sogo tu saya rasa memadai dah nak cari baju Afkar. Outdated ke ape ke belasah la Afkar oii. Memandangkan Sogo Member Sale ni selalu memang sale kaw-kaw banyak ler gak baju yang kitorang dapat borong dengan budget yang ada. Tapi lepas-lepas tu pergi Sogo harga still sama murah. Cuma baju design lain lak. Penat ai berlaga-laga bontot tau. kekeke.
Sejak-sejak Afkar dah besar sket ni kitorang memang jarang beli baju baru untuk dia. Afkar kat rumah Mama baju umur 6 bulan pun dia ada pakai. Sebab baju tu dah mengembang jadi muat je la kat badan dia. hahaha. Tapi sian la dia memang dah lusuh amat. Time baby2 dulu ya. Memang kerap beli baju. Sebab cepat nau dia membesar baju tak muat dah. Lepas tu penangan tahun lepas punya raya yang beli baju banyak, so baju jalan tu Alhamdulillah mencukupi je la tuk Afkar. Ulang je la nak pakai baju yang sama ye. kekeke. Tu pun ada yang dah kecil.
Apakan daya nama pun Ummi kan. Bila dah start puasa terus terlupa baju yang dah menimbun kat umah tu. Still nak tambah-tambah lagi. Berbulu je Mr.teddy. kekeke. Punya la berazam kan. Chett. Tak boleh tahan weyh. Tu r office dekat nau dengan Sogo. hahaha. Choii nak salahkan Sogo pulak. Pastu buat ayat coverline la kat Mr.Teddy "Aritu yang banyak-banyak tu termasuk baju sleeveless tuk Afkar pakai hari-hari. Kita pun dah lama tak beli baju harian dia" Tau takut kena sergah dengan laki. Saya asing baju harian Afkar duduk dekat rumah (termasuk umah opah n umah nenek) dengan dekat rumah Mama. Baju-baju yang baru beli rasmi kat rumah dulu. So baju lama yang pakai kat rumah boleh bawak g rumah Mama pulak. Rotate macam tu la.
Tahun ni tak banyak pun beli kemeja tuk Afkar. Banyak beli t-shirt dengan sleeveless je. Budak ni bukan mat smart punya type. Kuat nau berpeluh. Dah la pantang panas. Tak boleh panas sket. Mengada tau. Banyak kemeja dia yang tak pakai. Tu yang kekadang slumber derk je pakaikan dia sleeveless. Selesa. Bila selesa tak ada la dia meragam. So dah tau macam tu, tak ada la belikan banyak kemeja. Seluar pun banyak belikan short je. Tapi Ummi terpengaruh gak dengan seluar K-pop tu ha. Beli 2 warna kat Jalan Tar. Merah n biru. K-Pop lah sangat. hahaha. Murah pun murah. Kalau yang branded tengok harga RM 70- RM 80 sepasang. Memang tak ada la anak Ummi nak beli camtu harga. Ni dapat RM 70/2 psg. Korang jgn bagitau ada yang lagi murah. Stress nanti. huhuhu.

Atas ni baju-baju tuk jalan-jalan.  Ada jugak hadiah birthday Afkar n balance baju tahun lepas tak sempat pakai. So sebenarnya sket je la baju Afkar yang baru beli. Time ni tengah pecah kepala nak matching baju


Dah alang-alang shopping belikan sekali baju harian dia. Sian dia. Baju pakai kat rumah Mama banyak yang dah lusuh n singkat. Baju harian ni saya suka Pigeon. Kain best. Tapi time beli ni Pigeon ada dua design je. Boleh le tu. Baju harian ni boleh rasmi dulu kalau tak g jalan raya time duduk2 rumah.




Baju tidur memang harus ditambah. hahaha. Sebab baju tidur la paling kritikal sebab kebanyakannya Afkar pakai baju yang still butang-butang kat depan yang zaman baby2 dia kalau kat rumah Mama. huhuhu. Sebenarnya suka lagi lengan pendek seluar panjang. Tapi payah pulak nak jumpa. huhuhu.


Baju Melayu tahun ni beli sepasang je. Warna turquoise biru. Tapi dalam gambar ni xnmpak sangat la turquoise eh. Pakai hari raya 1st sama colour dengan Ummi n Babah walaupun tak ada la sedondon sangat. Songkok size 18¾. Mula-mula confident Ummi beli saiz 18. Sekali tak muat. Pastu g balik
Jalan Tar nak tukar size 18½ sekali size dah habis. Beli je size 18¾. Tengok-tengok muat. Sampin lak beli kat Mamayayazone. Sama dengan sampan taun lepas. Sebijik. Tapi yang taun lepas tak muat dah. Beli baru design sama.

Kasut raya dua pasang. Converse merah tu mula-mula nak amik high cut. Tapi cam susah lak nak pakai. Afkar dah ngamuk-ngamuk. Pastu Babah suh amik yang ni. Harga lebih kurang je. huhuhu. Bekenan dengan high cut sebenarnya. Afkar punya sandle yang muat ada satu je. Nike beli kat Pasar Malam. Sedap tol sandle tu. Dia suka sangat. Tapi Ummi gatal gak nak belikan sandle Garfield. Pun dia suka. Nangis-nangis tak nak buka. Afkar dia suka berangan pakai cermin mata. Tu yang belikan dia. Tapi dia suka pakai kat leher. Ahdoyai. Tak bagi pulak tu orang betulkan. Kena pujuk baik-baik. Bila dah pakai terus kerasssss.






Baju Afkar dah siap iron n dah siap pack. Masuk dalam box ni je ha beli kat Giant. Kalau masuk bag nanti kedut lipat-lipat. Nak hanger semua yang dah iron banyak le pulak campur baju Ummi n Babah lagi. Bentang elok-elok dalam box ni. Hangkut je la ke hulu ke hilir nanti. Iron siap-siap senang sebab nanti tak terkejar-kejar time balik kampong. Tinggal pakai je.


Saturday, August 3, 2013

Cuti Raya

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni saya tak apply cuti raya. Tabah tak tabah la gak nak tunggu office sampai hari last. huhuhu. Bukan suka-suka tak nak cuti tapi cuti tahun memang dah tinggal sikit. Tak sampai 10 hari pun. Ni baru bulan 8 oii. Kang jadi cam tahun lepas akhir tahun jaga office.
 
Nasib baik gak Raya jangka jatuh hari Khamis. So dapat la 4 hari cuti termasuk sabtu ahad. Ok la tu. Orang lain kat office cuti straight 2 minggu koo. Jelez. huhuhu. Jadilah kita penunggu office. Dengan ada lagi sorang officemate. Dia pun sama cuit tahun dah tinggal sikit. So berdua la kitorang jadi penunggu office. Afkar pun mama dia cuti start Rabu sampai Isnin. Babah yang akan jaga. Babah ada cuti lagi.
 
Punya la tahun ni beirngat bab apply cuti sebab tak nak jadi cam tahun lepas. Tapi habis gak cuti tahun. huhuhu. Biasa la kot yang beranak kecik ni unexpected. Anak tak sihat la, pengasuh cuti la macam-macam la kan. Tak kisah la tu. Boleh gak balik beraya walaupun di petang raya or malam raya baru gerak ke Slim River.

Friday, August 2, 2013

Repeat Desa Balqis

Assalamualaikum w.b.t

Hari tu kan saya ada story yang kitorang akan beraya dekat Slim River dulu. Lepas tu turn rumah family saya di Klang. Taun ni ada tukar plan sket r. Tak beraya di rumah family kat Klang tapi...tapi...kitorang sekeluarga akan beraya di Desa Balqis yaw. Yeah. Excited ni. Mesti terasa suasana kampong kan. Tak pernah weyh seumur hidup merasa raya rumah kampung. Harap-harap la ada pelita bagai. Before ni kitorang pernah dah pergi ke Desa Balqis ni [entry]. Memang terbaik. Tu rasa excited sangat.
Raya ketiga nanti kitorang akan ke Melaka. Mak n Arwah Ayah memang asal Melaka. Kira tu kampong kitorang r. Raya tahun lepas kitorang stay kat Umang-umang chalet [entry]. Tahun ni kat Desa Balqis lak. Kitorang balik kampong kalau beramai-ramai camni memang akan sewa chalet. Sebab besar weyh family kitorang ni. Lebih mudah n selesa sewa chalet.

Saya memang dah jatuh hati dengan Desa Balqis sejak 1st time pergi. Sebab rumah kampong dia. Cantik sangat. Pastu suasana n pemandangan memang terbaik. So siapa yang nak merasa beraya suasana kampong cam kitorang ni moh ler kita ke Desa Balqis. hehehe. Korang tak caya cuba masuk website diorang ni : Desa Balqis website. Ha dah tengok gambar jatuh hati tak.

Semoga tahun ni saya, Mr.Teddy n Afkar sihat sejahtera hendaknya nak beraya ni. Doa banyak-banyak ni. Last year Afkar demam. Memang tak feel sangat la. Sian Afkar. Semoga apa yang kami rancang berjalan lancer dan dipermudahkan segala urusan.


Thursday, August 1, 2013

PERSEDIAAN RAYA 2013

Assalamualaikum w.b.t
 
Minggu depan dah raya rupanya yerk. Kawan-kawan macam mana preparation? Dah settle ke? Saya hampir settle. Untuk Babah Afkar dah settle. Untuk Afkar tinggal nak carik stockin. Untuk Ummi belum settle. huhuhu. Baju kurung je dah ada. Tu pun lom amik kat tailor. Tailor bagi date Ahad ni.
 
Sebenarnya persediaan raya lebih kepada untuk Afkar. Kalau tengok checklist untuk Afkar lagi banyak ok. Ummi yang hover tau nak bagi anak beraya sakan. hahaha. Tapi since Ummi n Babah Afkar ni jenis jarang shopping baju so time raya ni ambik la kesempatan untuk shopping baju bajan baru gak. hahaha. Babah pun terpaksa rela je la carik baju bajan. Saya je lom beli lagi. Settlekan hal anak dengan suami dulu. Kita ni kemudian-kemudian pun xpe. Wah gitu. Bila dah ada anak ni, anak come first hokey. hehehe.
 
Persediaan untuk rumah lak nan ado. Tak ada barang baru pun. Semua dah cukup so tak ada keperluan untuk beli yang baru. Hantar dobi je la yang ada tu. Rumah belum start berkemas. Weekend ni baru start kot. Rumah kitorang tepi jalan memang senang gila berhabuk. Stress!!!huhuhu. Tapi takkan pulak tak nak kemas langsung kan. Pemalas benor tu namanya. hahaha. Tu yang plan nak wat last minute. Kuih dah siap semua. Siap beli. hahaha. Beli je. Tapi yang diyakini rasanya marvelous. Chewah. Beli 2-3 jenis je. Tak nak macam taun-taun lepas sampai dah masuk next year punya raya kuih ada lagi. Tu tak masuk lagi yang mak n mak mertua nak bagi. Confident je tau. Sekali taun ni xde. hahaha. Duit raya pun dah tukar. Kirim dengan kawan yang kerja kat CIMB.
 



 
 
 
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...