Thursday, November 28, 2013

Bila Afkar Naik Komuter...

Assalamualaikum w.b.t

Susulan daripada kereta Mr.Teddy rosak Jumaat aritu. Jadi lah kitorang patah kaki xde kereta. Susah nak bergerak. Dah la plan macam-macam nak buat weekend tu. Nak beli barang tuk majlis birthday Afkar hujung minggu ni. Takkan nak pergi plaza GM Klang dari Bdr Baru Bangi naik motor bertiga pulak kan. hahaha. Mo ada yang tercicir kang. Nak suh Mr.Teddy g beli sorang tak confident lak.

Oleh kerana saya ni adik yang manja terus mengadu dengan hakak kite. hahaha. Wasap sedih-sedih sket. Terus akak ku offer kereta dia yang abang guna. Kereta tu pun dah lama tak bergerak kata dia. Sebab abang pakai kereta lain. So saya apa lagi zasss wasap abang pulak nak pinjam kete sementara kereta nak ok. Yeah abang bagi pinjam. Abang tanya nak suh amik ke. Walaupun saya adik manja tapi tak ada la lemak sangat kan. Dah le orang nak bagi pinjam kete nak suh berambik pulak. So cakap dengan abang tak yah amik. Kami naik komuter je. Ada Mr.Teddy sekali confident la sikit nak bawak Afkar naik Komuter.

So, hari Sabtu petang tu kitorang pun gerak la balik ke Klang naik KTM Komuter dari stesen UKM. Pergi stesen pun naik cab. Dengan satu bag Afkar, satu bag deuter tuk Ummi n Babah. Wah feeling cam nak balik kampung jauh je. Padahal Klang je kot. Afkar ok je sementara tunggu train tu. Layan je dia main ke hulu ke hilir. Sib baik gak ada benda kat situ boleh dia buat main. hahaha.

Dalam cab - Putera lilin lah konon.

~Saya nak balik kampung~

Pastu naik train terus buka pocoyo kat dia. Dia layan ler pocoyo sampai kat KL Sentral. Tak ada la die heran nak tengok luar ke. Ummi dia yang beria. Dah hujung-hujung tu dia dah boring upah biskut pulak. Bila sampai Kl Sentral, kena turun train nak tukar ke Port Klang pulak. Naik je train ke Port Klang, terus beradu atas tilam empuk perut Babah. Sampai le ke Kg. Raja Uda. Selena-lenanya dia tidur. Dah ngantuk sangat la tu. Bawak spare susu pun x minum.
~Makan biskut sampai berkerut-kerut~



Alhamdulillah ler pejalanan kitorang dipermudahkan. Tak ada nak tunggu train lama-lama sangat pun. Afkar pun tak buat hal sangat. Ok je dia. Sebelum kitorang naik train tu wasap dengan adik beradik saya, dorang dah duk bayangkan si Afkar havoc dalam train. hahaha. Nampaknya dia tak havoc. kekeke. Baik-baik je anak Ummi kan. Tu je la kisah Afkar naik Komuter. 


Wednesday, November 27, 2013

Afkar 2 years old. Happy Birthday!!!

Assalamualaikum w.b.t
27.11.2013 - Genap Afkar 2 tahun. Dah makin besor ni makin macam-macam perangai, keletah, aksi yang menguji kesabaran mencuit hati Ummi n Babah. Tak lama lagi nak jadi abang pun dah. Masih mengempeng dengan Ummi. Terutama kalau tidur malam. Siapa ada tips nak nak wean off meh share sikit. Mana tau leh try kat bujang sorang ni. 

Afkar anak kesayangan Ummi Babah...Dialah penyeri kala sunyi...Dialah penghibur kala duka...Dialah penawar segala luka...Dialah permata berharga...Dialah cinta hati kami..Selamat Hari Lahir yang Kedua Afkar. Semoga Ummi dan Babah terus diberi kesempatan untuk melihat Afkar membesar menjadi anak yang soleh, bijak, cerdik, terang hati, sihat tubuh badan, cergas, cemerlang dunia akhirat. Selalu dengar cakap Ummi Babah, patuh perintah agama ya sayang. Semoga Afkar sentiasa dilindungi kesihatan, keselamatan dan juga kesejahteraan.  Doa Ummi n Babah akan sentiasa mengiringi Afkar.

Gaya dah abang-abang sangat. Nak minum susu dah pandai tarik bantal sendiri, baring sendiri. Ummi n babah sayang Afkar sangat-sangat. Muahx


Tuesday, November 26, 2013

Mommycha 1st Giveaway : Mommy&Baby moments.

Assalamulaikum w.b.t

Moh kite join beramai-ramai giveaway yang Mommycha buat (#Mommycha 1st Giveaway : Mommy&Baby moments.). Mana tau dapat hadiah pandorasamy. Eh. Micha jangan marah ha. hehehe. Sebab giveaway ni melibatkan gambo so memang i like la. kekeke. Walaupun gambo yang ok xbanyak. Afkar susah nak ajak bergambo!!! Macam Ummi gak pemalu. hahaha.

Ok2. Sebelum korang join. Apa kata korang baca dulu syarat-syarat yerk:-

How it work:

  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu. DONE
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar DONE
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing. Ni bior Micha judge. hehee
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.DONE. Click gambo Micha a.k.a Che Ta kat bawah.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. DONE
  • SATU gambar sahaja, okeh?DONE
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha! DONE
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini. DONE
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)


Ok dalam banyak-banyak gambar. Saya pertaruhkan gambar kat bawah ni.

Ummi n Afkar moments : Berdua sedondon otw nak pergi kenduri. Merah tak Mak Ngah. hehehe. Ummi with peace style n Afkar menyengih tayang gigi. Afkar si manja Ummi, awak la bestfriend Ummi, awak jugak la teman gaduh Ummi. Kita berkongsi moments gembira, tawa, riang, suka, duka, sedih, tangis bersama-sama. Awak la si penyejuk hati Ummi, pengubat duka lara. 

Esok 27 November -  Afkar dah dua tahun. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. 

***********************************************************

Boleh baca entry penuh pasal giveaway ni kat blog Mommycha ok. Sila click gambo Mommycha kat bawah ni untuk link pasal giveaway ni.



Dating Dalam Tow Truck

Assalamulaikum w.b.t

Jumaat lepas time balik kerja kat lebuhraya Mahameru jalan jam luar biasa. Teruk gile kot. Selalu saya balik memang naik train je. Kebetulan Mr.Teddy ada meeting kat KL so, dia pun ambil la saya kat office. Pernah ler gak before ni Mr.Teddy ambil kat office lalu jalan tu, jam jugak tapi still bergerak. Jumaat tu cam x bergerak je. 

Dah tengok jalan jam tu nak wat camne. Jalan je la. Tetiba bau hangit je oii. Panik laki bini. hahaha. Enjin Mr.Teddy dua kali gak mati before tu. Tapi die tak perasan. Bila dah bau hangit dia tengok meter memang dah max. Nasib baik sempat ke tepi gak. Kalau tak memang kena maki je la dah r jam, kete rosak pulak tengah jalan. Mr.teddy check apa-apa yang patut. Air stand by pun xde dalam kete. Wasap tanya gang wasap kedok K.Mimy sebab K.Mimy pun baru kena prob yang lebih kurang. Thanx korang yang share apa yang patut buat=) Dua tiga hari sebelum kejadian, aircond Mr.Teddy start buat hal. 

Memandangkan jalan jam teruk tu, kalau boleh jalan pun at that time, Mr.Teddy takut jadi balik so dia pun decide call insurance company suh hantar tow truck. Nak jumpa stesen minyak memang jauh lagi. Sementara kitorang menunggu tow truck tu adalah gak pakcik sorang ni yang datang tolong. Pakcik tu godek-godek apa ntah, pastu cakap kat Mr.Teddy dah boleh gerak. Mr.Teddy hulur gak duit kat pakcik tu. Tapi kitorang still tak berani nak gerak. Ingat nak tunggu jap sampai jam okey sket ke. Bile kitorang nak gerak tu, still tak ok lagi rupenye. Tak pe la rezeki untuk pakcik tu. 

Korang tau x sepanjang kitorang menunggu tow truck yang Mr. Teddy call, dekat 10 motor n sebuah tow truck berhenti tanya pasal kereta rosak. Rasanya diorang ni semua satu gang kot sebab sebangsa je. Ada yang jenis main terjah je nak usik itu ini. Ada yang macam paksa-paksa nak suh kitorang guna service dorang. Sib baik gang kedok wasap dah gtau memang akan ada orang-orang macam tu kat Lebuhraya Mahameru. Mr.Teddy tengok dah ramai sangat yang datang bertanya, dia suruh saya buka semua barang yang saya pakai - nak sorok. IC, duit n hp saya pun kitorang sorokkan. Takut jadi apa-apa. Sebab Mr.teddy kata ada kes orang kena rompak time kete rosak. So, lebih baik kita berhati-hati dulu sebelum terkena. Saya memamg tak berani nak duduk luar. Mr.Teddy tunggu kat luar sambil pegang besi. Dah macam gangster kampung dusun laki ku itu. hahaha.

Lama gak le menunggu tow truck sampai - berejam. Uncle tu dari PJ. Nak tempuh jam gak. huhuhu. Sib bek dah call Alang saya minta tolong ambilkan Afkar. N alhamdulillah budak kecik tu jenis tak kisah. Dah jumpa abang n kakak-kakak lagi le seronok main tak nak balik umah. Dalam pukul 8 lebih sket Uncle tow truck tu pun sampai. Dia settle kan apa-apa yang patut nak ikat kete semua. Pastu saya n Mr.teddy pun naik la tow truck. Mr.Teddy duduk tengah. hahaha. Berdating la kitorang dalam tow truck. Selalu nak duduk berhimpit-himpit mesti Afkar jeles nak menyelit kat tengah-tengah. Ha ni berhimpit-himpit la ko dalam tow truck. Kitorang asyik tergelak-gelak je. hahaha. Naik tow truck pun happy. Ntah apa-apa. 

Uncle tu cakap punca jalan jam teruk tu sebab ada lori terbalik kat Kelab Lumba Kuda. Mr.Teddy cerita gak dengan Uncle tu pasal orang-orang yang berhenti tanya kitorang konon-konon cam mekanik. Uncle tu cakap next time kalau kete rosak, ambil barang berharga, lock kete n duduk jauh-jauh sket dari kereta. Dekat area tu memang ada group yang macam tu. Pastu call mekanik yang biasa guna. Nak mudahnya call insurance company. Bayar duit tol je. Yang lain tak payah. Siap hantar destinasi yang nak pergi lagi. Katakan nak ke workshop, dia hantar sampai workshop. macam case kitorang Uncle tu hantar sampai rumah - siap parkingkan lagi kereta sebab workshop dah tutup. Tapi bila nak bawak kete ke workshop dari rumah boleh gak call balik dorang booking siap-siap. 

Monday, November 18, 2013

Resepi Macaroni Goreng - Air Tangan Suami

Assalamualaikum w.b.t

Wah kemain mentang-mentang free, lebih-lebih lak update entry. kekeke. Hari Sabtu baru ni abang saya minta tolong jagakan anak-anak sebab anak dia yang sulung ada Majlis Graduasi Darjah Enam. Saya ok je. Anak-anak bang pun dah besar. Paling kecik 6 bulan. Tapi senang nak jaga. Tak banyak ragam. Relax je dia tidur sendiri. Terjaga, tepuk-tepuk, tidur balik. Bujang saya la suka kacau sebab jelez ummi dia layan baby.

So tengahari tu Mr.Teddy masak spageti bolognese. Pastu takut tak cukup spageti tu die suh saya rendamkan macaroni tuk top up. Saya lak g rendam terlebih. hahaha. Jadinya menu kami malam tu macaroni goreng. Ada letak cheese. Sodap. Bertambah-tambah kitorang anak beranak makan. Ok saya dah tanya Mr.Teddy resepi. Ni yang dia share. Hope menjadi la erk korang buat.

Bahan-bahan:

2 biji Bawang besar-blend (tengok size bawang. Mr.teddy guna bawang besar yang sedang2. Tu pasal die pakai 2 biji.)
5 ulas Bawang Putih-blend
Sedikit Cili kering - rendam dan blend asing
Daging cincang
Cheese (Mr.Teddy guna chesdale, potong kecil-kecil)
1 Biji Telur
Macaroni (rebus dengan air mendidih. Letak minyak tuk elak melekat)
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

1.Tumis bawang putih n bawang besar yang dah blend sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering yang dah blend n tumis sehingga terbit minyak
3. Masukkan daging cincang. Kacau dengan bahan-bahan yang dah ditumis. Taburkan garam secukup rasa.
4. Bila daging dah masak, masukkan cheese.
5. Kecilkan api. Biarkan cheese mencair. Bila cheese dah cair, masukkan telur. Kacau sikit-sikit je tuk hancurkan telur. Lepas tu terus masukkan pasta. Kacau semua sekali.



~Ni untuk Afkar. Cara masak sama cuma xde cili~

~Yang ni Ummi n babah punye. Babah wat extra topping cheese kat atas macaroni yang dah siap digoreng~

Selamat mencuba!!!

Bersiaran Dari Office Baru

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak update blog weyh. Lama tak blogwalking. Ni curik masa jap sementara free xde kije sangat. Saya dah selamat pun berpindah ke pejabat baru hari Jumaat lepas. Barang-barang belum angkut lagi. Sebab tempat yang saya duduk skang ni lom clear lagi. Akak tu belum habis kemas barang pastu dia bercuti lak. Tak ada hal la tu. Saya dah bawak yang penting-penting.

Dua minggu ni saya bz dengan nak settle kerja- kerja outstanding dengan mengemas barang.Biasa la dah bila nak pindah, dan-dan tu sume benda nak kena settle.Kita buat mana yang termampu je la. Dah settle siapkan Nota Serah Tugas, settlekan mengemas pulak. Penat hoi mak buyung ni mengemas. Nak tercabut pinggang dibuatnya. Memang bilik n meja jadi clear. Sampah-sampah sekali ku hangkut bawak keluar dari bilik. Gigih sorang-sorang.


~Before~

~After~

~Last day punch kat office lama~

Ni dah kat office baru. Dah ada kawan baru. Persekitaran baru. Projek baru. Boss-boss baru. Buat masa ni semua baik-baik je. Saya kan dah kata nak jadi orang yang positif. hehee. Bos besar kat bahagian saya ni lom jumpa lagi. Sebab boss cuti. Yang lain-lain dah berkenalan. Semua peramah-peramah belaka. Ok nanti saya update lagi cerita-cerita saya di office baru. InsyaALLAH.

Monday, November 4, 2013

OCTOBERIANS...

Assalamualaikum w.b.t

Entry agak basi ni. Kejadian 2 minggu lepas. Now dah masuk November pun. Family saya every month kan memang ada celebrate birthday beramai-ramai. So dah tiba la masa nak celebrate birthday Octoberians. Antara orang yang nak diraikan siapa lagi kalau bukan saya si tuan tanah kedaung ni. hehehe. Selain tu jugak celebrate birthday Along (abang sulung saya) n Faiz (anak buah saya).
 
Yang menjadi tuan rumah untuk sambutan kali ni adalah Alang (papa si Faiz). Menu untuk hari tu simple je tapi yummy. Steamboat n nasi goreng cina baik punya. Cake Red Velvet Secret Recipe. Kitorang sampai agak lambat walaupun umah dekat je. Orang Klang dah sampai baru kami sampai. Siang tu pergi merayap carik barang. Pastu balik rumah bujang tidur lambat bangun. So, lepas maghrib jugak la jadinya keluar rumah.
 
Selalu setiap bulan bagi n tengok je orang dapat hadiah. Ha kali ni kita pulak dapat hadiah. Teruja u olls. kekeke. Kalah Afkar Ummi punya excited tu. hehehe. Afkar pun dapat hadiah gak. Tetiap bulan dia memang akan dapat hadiah walaupun birthday dia bulan November. Makcik pakcik eh tolong belikan hadiah. Ahdoyai. Bulan ni punya birthday, sebab birthday Ummi dia sekali so dia pun sama sibuk menempel nak tiup lilin n potong cake. Sampai merajuk sepupu dia lagi dua orang, Abang Irfan dengan Kak Yang sebab Afkar dah conquer.
 
Tq kat family saya yang organize celebration ni. hehehe. Enjoy sangat. Ok la moh kite tengpk gambo pulak.
 
 
~Cake~
 
~Octoberians~

~Teruja ai dapat hadiah tau. hehehe~
 
~Budak excited xsabo suh tiup lilin~
 
~Orang dah abis tiup lilin baru dia nak tiup.~

 


Friday, November 1, 2013

Setelah hampir 5 Tahun, Akhirnya...

Assalamualaikum w.b.t

Setelah hampir lima tahun saya kat cawangan ke sekarang (4tahun unit sekarang), akhirnya permohonan pindah saya diluluskan. Alhamdulillah. Rasa nak lompat bintang. Tempat baru best ke tak best belakang kira, yang penting keluar dari cawangan sekarang. Kita ni kalau dah terlalu lama dekat sesuatu tempat tu tepu gak. Sesekali moh la kita beralih arah. hehehe.
 
Saya memang tutup je telinga orang nak cakap apa-apa pasal Cawangan baru yang saya dapat pindah. Orang nak gelak ke, nak psiko ke, nak cakap macam-macam  ke lantak ler kome.  Kadang-kadang tu ok gak kalau nak share apa yang kita tahu, tapi kalau dah sampai setiap orang pun nak cakap rasa cam annoying lak. Sebab orang-orang yang bercakap tu tak tahu apa yang saya hadap. Apa yang saya alami. Apa yang saya rasa. Dan tak tahu betapa happy nya saya dapat pindah. hahaha. Nanti dah masuk tempat baru biar saya judge sendiri. Sebab saya sendiri jugak yang akan belajar menyesuaikan diri. Sama jugak orang yang bakal menggantikan saya, ada tanya kat saya best tak office sekarang. Saya just jawab masuk dulu n tengok sendiri macam mana keadaan. Then judge sendiri.
 
Macam mana sekalipun tempat baru, boss ke, facility ke , beban kerja ke saya cuba menerima dengan positif. Positif! Positif! Positif! Semangat baru di office baru. Chewah. Ala tempat yang saya kerja sekarang ni pun masa awal-awal masuk lebih teruk dah saya menghadap. Saya pernah cerita kat entry ni . Stress weyh time tu. Dah r baru masuk kan, buat benda baru pulak. Tapi time to time saya berjaya menyesuaikan diri dengan unit sekarang. Sekarang ni dah tiba masa pula saya beralih angin.
 
Saya banyak belajar dekat unit sekarang. Banyak ilmu yang saya kutip. Terima kasih dekat boss-boss sekarang dan tak lupa juga kat bekas bos saya. Banyak ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan. Saya amat hargai. Semoga kat tempat baru nanti lebih banya ilmu dan pengalaman yang akan saya timba.
 
So tadi saya dah report duty kat tempat baru. Dah tahu pun saya dapat bahagian mana. Cumanya boss saya minta tangguh 2 minggu. Nak settle apa-apa yang patut. 15 November nanti secara rasmi saya akan mulakan tugas di pejabat baru. Kawan-kawan tolong doakan saya baik-baik sahaja di pejabat baru ok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...