Thursday, May 21, 2015

Aktiviti Sempena Hari Ibu

Assalamualaikum

Time 9 Mei kat tadika Afkar ada wat aktiviti sket sempena Mothers Day. So teacher menjemput ibu-ibu yang free tuk join aktiviti. Mula-mula tu Teacher tanya dulu kat group whats app ramai tak yang free. Kalau dapat sambutan, baru la leh buat. Alhamdulillah dapat sambutan. 

Berkumpul kat tadika pukul 9 sepatutnya, tapi sebab Babah kije so awal la kitorang sampai. Tunggu jap teacher sampai. Kira antara yang terawal le gak sampai. bahaha. Bila dah ramai yang sampai baru la boleh start aktiviti. Afkar boleh lak moody time tu. Nape ntah tak nak buat aktiviti. So omak dia je la yang terlebih excited. kekeke.


                     
Aktiviti 1st carik gula dalam tepung. Kaki ibu n anak kena ikat. Pastu lari kat bekas yang berisi tepung. Disebabkan Afkar ni penggeli benda2 macam ni, memang idokle dia nak buat. So tengok tu, Umi dia yang beria. Dia tukang tengok. Dah terbalik. bahaha. 

Aktiviti kedua pulak ibu tiup belon, pastu anak kena dudukkan belon sampai pecah. Disebabkan selalu kije tiup belon ni Babah yang buat, memang le saya tak reti nak tiup belon. hahaha. Tiup punya tiup belon tak besar besar gak. Adudu. Pastu bila dah boleh tiup belon, Afkar segan silu pulak nak lompat duduk atas belon. Selalu dia la hero. Sebab Umi dia paling last dapat tiup belon, orang lain sume punya belon dah pecah tengok la dia yang tengah nak pecahkan belon. Terus jadi pemalu pulak. 



Yang ni pulak anak kena tutup mata n cari ibu masing-masing tuk bagi card yang diorang dah buat. Yang ni kelako. Afkar sabar je carik saya. Lepas sorang-sorang dia pegang-pegang. Pastu bila teacher duk nyakat-nyakat dia, dia cakap "Janganla. Mana umi ni?". hahaha. Pastu bila dah jumpa tu saya cakap la betul ke Umi ni. Dia terus peluk "Ha...ni Umi". hahaha.


Lepas dah settle semua aktiviti ada potong cake pulak n makan-makan. Sedap cheese cake dia. nyum nyum.

Budak tu as usual la kan. Dia ingat birthday dia kot. Semangat bebeno nak potong cake. Omak dia dasar pemalu, tu yang mak orang lain yang tangan dia. kekeke.

Apapun saya n Afkar enjoy sangat dengan aktiviti hari tu. Tq cikgu-cikgu Afkar organize aktiviti macam ni. Boleh merapatkan ukhuwah dan silaturahim antara satu sama lain gak.

Wednesday, May 20, 2015

Dua Beradik dan Yoyo Car

Assalamulaikum w.b.t

Yoyo car ni dah lama Atuk n Opah belikan Afkar. Memang tinggal kat Slim je. So tiap kali balik pun memang berdesup ke sana sini dia bawak. Selalu Afham dia tengok je Abang bawak. Ni sejak dua menjak dah rasa diri tu beso sket, dia pun nak naik sendiri. Bila Abang Afkar nampak, memang harapan je la dapat naik. Abang suh Afham duduk belakang, biar dia yang bawak. Afham pun muka pasrah je la. Huntung Abang bagi tumpang naik, kalau dia tunjuk aksi telan air liur je la tak dapat naik eh. Yang Afham lak tak lepas-lepas tu pegang baju Abang. Haha. Moh le kita tengok gambo dua beradik dengan Yoyo Car.

Tak dapat bawak sendiri, tumpang abang pun boleh la...

Pegang kuat-kuat tau baju Abang Afkar tu...




Yeah. Dapat gak kita bawak sendiri.


Kita dah dapat naik, tapi kita belajar reverse je. hehee. 

p/s:- Maapkan ada sore latar yang enterprame dlm video2 yer. hehe

Monday, May 11, 2015

Afkar @ Temasya Sukaneka Tadika

Assalamualaikum w.b.t

25 April haritu branch Tadika Afkar sekolah ada buat Temasya SUkaneka. Combine dengan branch lain. Meriah. Ada lebih kurang dalam 300 lebih tak silap anak-anak yang terlibat dari umur 4 tahun - 6 tahun. Ada 3 rumah sukan, Rumah Merah, Rumah Biru n Rumah Oren. Afkar wakil Rumah Merah. Untuk 4 tahun ada game Bawak telur (plastik) dalam sudu n Junjung bean bag atas kepala. Alhamdulillah Afkar ok je time sukaneka. Risau gak dia tak nak buat ke apa. hehehe. Semangat bebeno dia. Before sukaneka ni pun dah practise dulu kat tadika. So bila hari sukaneka tu, Afkar tau la nak buat apa. Dia siap ajar saya nak sorak "Ummi, cakap go go tau" sambil wat gaya. hahaha. Teacher dia ajar agaknya.


Khemah-khemah tuk anak-anak a.k.a peserta sukaneka


Afkar n kengkawan dari branch yang sama dengand ia.


Kita minum susu dulu.

Beratur dulu sebelum start.





Afkar tengah tunggu turn

Semangat bebeno





Clown pun ada

Untuk dua-dua acara Afkar dapat No.2. Dengan kawan pas dapat medal

Peace yo

Kitorang tak tunggu sampai habis pun sukaneka. Sebab Mr.Teddy nak g kije. So kitorang follow Mr.Teddy g Nilai. Kitorang melepak le kat Giant Nilai sementara tunggu Mr.Teddy habis kije. Melayan le Afkar main playground, main kete n motor remote, main kete yang masuk token tu. hahaha. Semua jenis game kat Giant dia main sampai naik bosan. hehehe

Lepas main kat padang, sambung main kat playground lak.

Round-round naik motor pinky. hahaha.


Friday, May 8, 2015

Afham is Turning One

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kisah menjadi basi meh le update lelaju. 19 April aritu kitorang buat birthday celebration tuk Afham. Tema rainbow. Sebenornya xde pun plan nak wat apa-apa tema, tapi memandangkan kitorang wat kat KFC, so follow je la theme KFC. Rainbow pun boleh. Planning birthday ni pun sangat lah last minute. Lagi sebulan kot baru confirm nak buat kat mana. Bila dah decide nak buat kat KFC Sg. Chua, nak pilih tarikh pulak. Bulan 4 agak bz, banyak nau planning. Plan asal nak buat 11 April, pastu atas reason tertentu tukar tarikh jadi 19 April. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Meriah sangat!!!Tq sangat-sangat semua yang hadir. Family n kengkawan. Gang Morenian yang sama-sama havockan majlis.  Minta maaf tau kalau ada terkurang kat mana-mana.

Bagi kitorang harga Birthday Party Package kat KFC ni agak berpatutan. Sebab selalu kan kitorang memang wat kat luar birthday Afkar, range harga pun lebih kurang je. So tu yang decide wat kat KFC je la. Plus decoration n activities semua ada orang yang handle. Sonang baitu. Datang bawak diri je. Kitorang ambil package C macam yang kat bawah ni. Boleh add on menu lain time party tu. Macam kitorang add on ayam, air carbonate, air milo (tuk anak-anak) n party packs.


Tersangat le enjoy tengok aksi anak-anak dengan Chicky. Semua pun sporting je. Anak-anak n mak pak join activities. Event Organizer hari tu pun best. Pandai control crowd terutama anak-anak. Ampun tak ingat nama awak. Senang nak deal dengan dia. Birthday boy boleh pulak belasah tido. Sib bek dah potong cake time tu. Patutnya organizer suggest wat last potong cake, tapi kitorang request wat tengah-tengah sebab tengok birthday boy dah layu je. Abang birthday boy lak yang hover. Macam tu birthday dia. kekeke. Afkar kan. Biasa la dia. Ok la tak nak cite banyak-banyak, mohle tengok gambo. Tapi gambo dari hp je. Yang dalam camera lom dapat softcopy lagi.

DIY Welcome Board


DIY guest book

Props and party packs


Selain dari KFC punya makanan saya ada gak bawak cheesetart, apam polka dot, honey star n Candies


Sebijik cake from KFC, sebijik lagi Babah belikan rainbow cake tuk Afham

Birthday boy potong cake. Sibuk nak capai cake.


Cik abang yang tengah tu yang hover. Macam celebrate birthday dia pulak. haha


Time ni Organizer suh joget dgn Chicky.


Adorable sangat Ya n Zain. Comel duet joget berdua. hehehe


Zain si bijak. Comel je.

Anak-anak beratur nak salam Chicky

Amboi siap cium tangan

Fayel takut Chicky ke ni hehehe

Tengah main game.

Hamboi Dayah lebor gelak. hehehe.


Tq Zara, Wawa, Dayah n Mak Yong Yumie datang...

Tq Liza, Nurul n Kak Mi datang...

Dua orang mommy yang gojes, Sha n Micha. Tq tau datang.



Morenian Family...Tq sangat korang sama-sama havockan party..


Anak-anak buah posing ngan Chicky

Ni kije budak ni. Orang sibuk2 ngan Chicky dia sibuk main slide.

Afkar dengan Yaya

Afkar dengan Safiyyah

Dengan Nai n Kaisara


Dengan Mak su Ain


Sila jangan confuse birthday party sape sebenornya eh. hahaha. Memang abang dia je yang banyak enterframe. Afham tdoq lepas potong cake tu. Syian birthday boy x banyak gambar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...