Monday, November 16, 2015

MAJLIS GRADUASI 2015 & KONSERT P RAMLEE - KENANGAN MENGUSIK JIWA

Assalamualaikum w.b.t

1 November lepas berlangsung Majlis Graduasi 2015 & Konsert P.Ramlee -  Kenangan Mengusik Jiwa yang dianjurkan Tadika Vonad bertempat di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. Kemain meriah lagi sambutan. Ni first experience kitorang, so excited terlebih la. Yang tak sabar nak tunggunya turn Afkar buat performance. hehehe. Sampai je kat dewan, register dulu then hantar Afkar ke bilik persalinan. Dia nak kena bersiap dulu. Amboi time ni debo je tunggu camna la ghope nye dah bersiap. Kitorang masuk dewan dulu. Majlis ni combine sekali dengan Cawangan P15-12A. Pastu ada sambung petang pulak untuk cawangan yang lain-lain.


Majlis start pukul 8.30 pagi dengan persembahan Nasyid Hambamu oleh Kumpulan Addin yang disertai anak-anak daripada Cawangan Presint P15-12A. Diikuti dengan Bacaan Doa oleh Adik Aqil dari Cawangan P15-12A, Hafazan Surah Taha ayat 1-5 daripada anak-anak 6 tahun Cawangan Seksyen 7 dan Bacaan Ayat Suci Al-quran Surah Yassin Ayat 1-20 oleh adik Khalisha dari Cawangan P15-12A. Alhamdulillah. Kagum dengan kebolehan anak-anak kecil ni. Hopefully next year Afkar dapat peluang macam ni.



Sementara nak tunggu start tu ada tayangan video


Kita posing dulu...

Si cheeky boy

Persembahan Nasyid Hambamu oleh Kumpulan Addin


Anak-anak 6 tahun Cawangan Seksyen 7 tengah get ready untuk Hafazan Surah Taha ayat 1-5



Bacaan Ayat Suci Al-quran Surah Yassin Ayat 1-20 oleh adik Khalisha

Majlis diteruskan dengan perarakan masuk Pelajar-pelajar 6 Tahun yang akan tamat sesi pembelajaran. Diikuti dengan Ucapan daripada Pengarah Urusan Vonad (M) Sdn. Bhd., ucapan wakil pelajar 6 tahun daripada Cawangan P15-12A dan Cawangan Seksyen 7.  Lepas tu ada acara Penyampaian Sijil Tamat Tadika dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang bagi setiap kelas.


Perarakan masuk Pelajar-pelajar 6 Tahun

Ucapan daripada Pengarah Urusan Vonad (M) Sdn. Bhd

Ucapan wakil pelajar 6 tahun daripada Cawangan P15-12A



Anak-anak 6 tahun yang akan tamat sesi pembelajaran


Dah selesai acara penyampaian hadiah, bermulalah acara yang paling ditunggu-tunggu. Persembahan daripada anak-anak. Persembahan bertemakan semua filem-filem Tan Sri P.Ramlee. Menarik la gak ada tema macam ni. Setiap kelas ada buat persembahan. Kelas Afkar buat persembahan Tarian Bunyi Gitar. Berbulan koooo practise. hahaha. Sebab selalu dia tunjuk sket-sket je tau kat umah, tu yang tak sabo nak tengok yang sebenarnya macam mana. Pastu saya berdebar gak kalau dia tetiba kaku kat atas stage bila tengok ramai orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kemain sakan dia berjoget atas pentas. hehehe. Partner pulak dengan best friend, Aqilah. Tengok je la ye video kat bawah ni.




Persembahan Afkar dan kengkawan - Tarian Bunyi Gitar

Selain daripada persembahan Tarian Bunyi Gitar oleh kelas Afkar, ada gak persembahan lain. Antaranya Tarian Ai Ai Twist, Tarian Cik Cik Keboom, Tarian Pesta Muda-mudi, Nyanyian Hore-hore, kombinasi sketsa dan tarian Ketipang Payung, Tarian Joget Tari Lenggang, Tarian Joget Si Pinang Muda, Kombinasi Sketsa Apek dan Marjinah serta nyanyian Aiya Cik Siti dan Nyanyian Pok Pok Bujang Lapok. Persembahan penutup oleh anak-anak 5 dan 6 tahun Cawangan P15-12A dan Seksyen 7 nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu dan Wish Upon A Star.


Persembahan dari kelas lain


Persembahan penutup


Budak tu dah habis persembahan. Yang lagi sorang budak kecik tu dah ketiduran.


Majlis habis dalam pukul 11.30pagi. Tengok persembahan anak-anak ada macam-macam keletah. Ada yang lincah, ada gak yang keras atas pentas. Tapi mostly semua buat yang terbaik. Overall kitorang enjoy sangat. Terhibur dengan persembahan anak-anak. Comel-comel belaka.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...